BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog.
Blog merupakan
salah satu media masa yang mudah kerana penulisan tidak terlalu bahasa formal/baku,ayat ringkas dan santai. Penulisan blog adalah satu medium penulisan atas
talian yang digemari bagi pengguna sering mencari bahan bacaan di halaman sosial.
Biasanya mudah ditemui di halaman google dengan hanya meletakkan tajuk
ditempat pencarian (blog + perkara) dan anda akan temui blog tersebut dengan
mudah. kebiasannya Blogger dikaitkan dengan para penulis blog yang aktif
menulis penulisannya di media. Bagi menghasilkan penulisan blog yang
berkualiti, para blogger harus mengetahui etika dalam penulisan blog.
Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) menyenaraikan 10 cara menulis blog dengan
baik.
Pertama, tajuk yang
menarik yang boleh menarik perhatian pembaca. Tajuk yang menarik akan mudah
mempengaruhi siapa-siapa sahaja yang membaca tajuk blog tersebut. Tajuk yang
agak unic yang penting kepada blogger sebagai satu kaedah komersial
untuk menarik minat pembaca. Pemilihan kata atau ungkapan penting dalam membina
tajuk blog. Tujuan pemilihan perkataan yang sesuai adalah untuk mempengaruhi
emosi pembaca. Ini adalah adalah kunci kepada pintu ke blog kita.
Selain itu, cerita
menarik yang dapat menarik hati pembaca. Para blogger harus bijak memilih kisah
manakah yang paling disukai atau memilih kisah yang mungkin bakal menjadi
sambutan oleh pembaca keran kisah tersebut agak menarik untuk dibaca. Banyak
kisah-kisah yang menarik boleh diletak dalam blog. Cerita pengalaman menarik,
cerita sejarah, cerita isu-isu semasa yang hangat dibicarakan, jadi pengguna
blog hharus peka dan bijak mencari jalan cerita yang agan memberi keasyikkan
dan terpegun apabila membacanya.
Seterusmya. Membuat
ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatnya lebih menarik. Para
blogger tidak perlu menceritakan sesuatu tajuk itu dengan menggunakan ayat
terlalu baku dan panjang kerana pembaca akan cepat rasa bosan apabila
membacanya. Blogger harus menggunakan unsur komedi/jenaka yang bersesuai agar
menarik minat pembaca. Gurauan senda yang selalu kita gunakan dalam kehidupan
kita oleh juga diselitkan dalam penulisan tersebut untuk menghidupkan suasana
blog tersebut.
Di samping itudalam
penulisan blog mesti memberikan hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan
anda. Hujah-hujah tersebut harus sahih dan benar ketepatannya. Ini juga
merupakan tanggungjawab penulis bagi menghasilkan penulisan yang beretika.
Segala hujah dan data yang dilampirkan dalam penulisan ini diamalkan, nescaya
pembaca akan lebih menyukai kerana ketepatan maklumat yang dikongsikan kepada
mereka.
Kaitkan penulisan
anda dengan berita terkini. Para blogger boleh mencari maklumat di siaran
televisyen atau mendapatkan terus informasi daripada pihak berita. Blogger
harus bijak mencari maklumat dan informasi untuk dijadikan sebagai bahan yang
akan ditulis di blog nanti. Pembaca akan lebih gemar membaca isu-isu semasa
yang berbangkit kerana itu adalah naluri manusia untuk mengetahui hal-hal
sekeliling yang sedang berlaku.
Gunakan perkataan
dan struktur ayat yang ringkas. Setiap ayat dan perenggan sebaiknya menggunakan
ayat tunggal dan ayat aktif bagi pembaca mudah memahami isi penulisan kita
tanpa membuat pembaca mengulangi pembacaanya berulang kali. Ayat tidak perlu
gramatis dan puitis hanya sekadar memilih perkataan yang bersesuaian.
Dapat dibaca dan
difahami. Penulisan blog yang baik adalah penulisan yang menggunakan ayat yang
mudah untuk dibaca dan ayat tersebut mudah difahami bagi setiap lapisan
masyarakat yang membacanya. Blogger juga harus mengenal pasti tahap penulisan
ini sesuai digunakan bagi lapisan masyarat yang mana, sama ada golongan belia,
golongan pelajar, atau golongan orang dewasa.
Dapat berkomunikasi
dengan pembaca. Dalam menjadi seorang blogger, sikap mudah mesra dan terbuka
sangat penting bagi blogger kerana blogger akan mengetahui secara terus daripada pembaca tentang apa-apa
maklumat,kisah-kisah menarik, teguran yang membina secara tidak langsung akan
membantu blogger menghasilkan penulisan yang berkualiti. Blogger juga harus
menggunakan ayat dan bahasa yang mesra dan santun, ada ayat sapaan, kata-kata
semangat/perangsang, doa yang menarik yang boleh diselitkan.
Masukkan moral dan
nilai estetika dalam penulisan anda. Ini sangat penting dalam penulisan blog
yang banyak menceritakan tajuk yang berkaitan kehidupan. Aspek nilai murni
boleh diserapkan dalam penulisan yang akan dijadikan sebagai role model
dan tauladan kepada pembaca.
Akhir sekali,
berilmu dalam penulisan pendidikan. Setiap blogger sebaiknya mengetahui cara
penulisan blog yang baik dan mengikuti etika dalam penulisan. Keadaan ini
menunjukkan blogger tersebut merupakan seorang yang berpendidikan dalam menghasilkan
sesuatu penulisan yang baik. Penulisan yang baik akan selalu menjadi tempat
transit yang penting bagi para pembaca kerana pembaca sendiri dapat mengenali
sesuatu penulisan yang manakah blog yang berkualiti.