Sunday, September 22, 2019


BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog.

Blog merupakan salah satu media masa yang mudah kerana penulisan tidak terlalu bahasa formal/baku,ayat ringkas dan santai. Penulisan blog adalah satu medium penulisan atas talian yang digemari bagi pengguna sering mencari bahan bacaan di halaman sosial. Biasanya mudah ditemui di halaman google dengan hanya meletakkan tajuk ditempat pencarian (blog + perkara) dan anda akan temui blog tersebut dengan mudah. kebiasannya Blogger dikaitkan dengan para penulis blog yang aktif menulis penulisannya di media. Bagi menghasilkan penulisan blog yang berkualiti, para blogger harus mengetahui etika dalam penulisan blog. Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) menyenaraikan 10 cara menulis blog dengan baik.
Pertama, tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca. Tajuk yang menarik akan mudah mempengaruhi siapa-siapa sahaja yang membaca tajuk blog tersebut. Tajuk yang agak unic yang penting kepada blogger sebagai satu kaedah komersial untuk menarik minat pembaca. Pemilihan kata atau ungkapan penting dalam membina tajuk blog. Tujuan pemilihan perkataan yang sesuai adalah untuk mempengaruhi emosi pembaca. Ini adalah adalah kunci kepada pintu ke blog kita.
Selain itu, cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca. Para blogger harus bijak memilih kisah manakah yang paling disukai atau memilih kisah yang mungkin bakal menjadi sambutan oleh pembaca keran kisah tersebut agak menarik untuk dibaca. Banyak kisah-kisah yang menarik boleh diletak dalam blog. Cerita pengalaman menarik, cerita sejarah, cerita isu-isu semasa yang hangat dibicarakan, jadi pengguna blog hharus peka dan bijak mencari jalan cerita yang agan memberi keasyikkan dan terpegun apabila membacanya.
Seterusmya. Membuat ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatnya lebih menarik. Para blogger tidak perlu menceritakan sesuatu tajuk itu dengan menggunakan ayat terlalu baku dan panjang kerana pembaca akan cepat rasa bosan apabila membacanya. Blogger harus menggunakan unsur komedi/jenaka yang bersesuai agar menarik minat pembaca. Gurauan senda yang selalu kita gunakan dalam kehidupan kita oleh juga diselitkan dalam penulisan tersebut untuk menghidupkan suasana blog tersebut.
Di samping itudalam penulisan blog mesti memberikan hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda. Hujah-hujah tersebut harus sahih dan benar ketepatannya. Ini juga merupakan tanggungjawab penulis bagi menghasilkan penulisan yang beretika. Segala hujah dan data yang dilampirkan dalam penulisan ini diamalkan, nescaya pembaca akan lebih menyukai kerana ketepatan maklumat yang dikongsikan kepada mereka.
Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini. Para blogger boleh mencari maklumat di siaran televisyen atau mendapatkan terus informasi daripada pihak berita. Blogger harus bijak mencari maklumat dan informasi untuk dijadikan sebagai bahan yang akan ditulis di blog nanti. Pembaca akan lebih gemar membaca isu-isu semasa yang berbangkit kerana itu adalah naluri manusia untuk mengetahui hal-hal sekeliling yang sedang berlaku.
Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. Setiap ayat dan perenggan sebaiknya menggunakan ayat tunggal dan ayat aktif bagi pembaca mudah memahami isi penulisan kita tanpa membuat pembaca mengulangi pembacaanya berulang kali. Ayat tidak perlu gramatis dan puitis hanya sekadar memilih perkataan yang bersesuaian.
Dapat dibaca dan difahami. Penulisan blog yang baik adalah penulisan yang menggunakan ayat yang mudah untuk dibaca dan ayat tersebut mudah difahami bagi setiap lapisan masyarakat yang membacanya. Blogger juga harus mengenal pasti tahap penulisan ini sesuai digunakan bagi lapisan masyarat yang mana, sama ada golongan belia, golongan pelajar, atau golongan orang dewasa.
Dapat berkomunikasi dengan pembaca. Dalam menjadi seorang blogger, sikap mudah mesra dan terbuka sangat penting bagi blogger kerana blogger akan mengetahui secara terus  daripada pembaca tentang apa-apa maklumat,kisah-kisah menarik, teguran yang membina secara tidak langsung akan membantu blogger menghasilkan penulisan yang berkualiti. Blogger juga harus menggunakan ayat dan bahasa yang mesra dan santun, ada ayat sapaan, kata-kata semangat/perangsang, doa yang menarik yang boleh diselitkan.
Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda. Ini sangat penting dalam penulisan blog yang banyak menceritakan tajuk yang berkaitan kehidupan. Aspek nilai murni boleh diserapkan dalam penulisan yang akan dijadikan sebagai role model dan tauladan kepada pembaca.
Akhir sekali, berilmu dalam penulisan pendidikan. Setiap blogger sebaiknya mengetahui cara penulisan blog yang baik dan mengikuti etika dalam penulisan. Keadaan ini menunjukkan blogger tersebut merupakan seorang yang berpendidikan dalam menghasilkan sesuatu penulisan yang baik. Penulisan yang baik akan selalu menjadi tempat transit yang penting bagi para pembaca kerana pembaca sendiri dapat mengenali sesuatu penulisan yang manakah blog yang berkualiti.



No comments:

Post a Comment