Kejayaan itu datang dari usaha dan rajin kita...
Harini saya ingin kongsikan kepada anda semua mengenai tips untuk belajar dengan mudah. Tips ini juga sering digunakan dalam kalangan pelajar yang cemerlang. Tidak kiralah apa-apa tips sekali pun usaha dan rajin harus konsisten dalam kehidupan harian kita bagi mencapai apa yang kita inginkan.
Yang pertama, persediaan untuk belajar. Persediaan sama ada sesi sebelum dan semasa penting supaya kita fokus dalam pembelajaran. Membina jadual waktu harian, pelajar harus disiplin dan harus menepati aktiviti dalam jadual tersebut. Seterusnya, tidur yang mencukupi. Tanpa kita sedar belajar terlampau fokus akan meletihkan minda dan fizikal kita oleh itu, tidur yang mencukupi boleh membantu mencergaskan otak dan fizikal kita. Sehubungan itu, elakkan gangguan teknologi. Pelajar tidak sepatutnya mencampurkan diri dengan media sosial kerana ia sangat memberi pengaruh yang besar dalam kehidupan pelajar.
Yang kedua belajar dengan lebih efektif. Kesihatan diri harus juga dipandang dan tidak boleh ringan kerana boleh mempengarahi proses pembelajaran kita. Seterusnya, ambil nota. Setiap perkara penting yang ditekankan oleh pensyarah/guru harus dicatit dan kita juga harus memahaminya kerana ia sangat penting. Akhir sekali, buat kumpulan belajar. Belajar secara kumpulan boleh membantu diri kita dan kawan lain sama-sama belajar tentang sesuatu subjek/mata pelajaran yang lemah.
Semoga dengan tips yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua...;)
No comments:
Post a Comment