Saturday, December 21, 2019

BBM3410Satu: KALIMAT DAN KETIKA

Assalamualaikum,
Alhamdulilah selesai sudah kelas bagi subjek Multimedia dalam bahasa. Secara peribadinya inilah kelas paling kena redho dalam abad ini.Boleh diperkatakan setiap minggu ada sahaja tugasan yang perlu disiapkan. Setiap tugasan tersebut terdapat tugasan kumpulan dan individu. Dalam tugasan kumpulan inilah terbentuknya Wakanda Production yang majoritinya perempuan hmm redho jer. Produksi ini terdiri daripada Hafizah Din, Faizah,Sarah,Fatin,Aisyah,Dira,Syazana, Qamarina dan Mat Nor. Okey jer dengan mereka ni yang penting masing-masing komited buat kerja. Prof Normaliza merupakan pensyarah yang  mengajar subjek ini. Che Akmal juga terlibat dalam subjek ini selaku pembimbing dalam kelas amali. Pada awalnya saya rasa pelik dan taksetuju kenapa kelas amali perlu diadakan. Walhal tidak termasuk dalam jam kredit. Tetapi Prof bijak, beliau mengulangi dan menerangkan apa itu redho dalam kehidupan kita. Bila saya fikir balik wahhh banyak perkara yang saya tidak tahu dalam Multimedia. Tugasan yang diberikan sebelum ini saya rasa banyak kegunaannya kerana ia berkait rapat dengan kehidupan seharian kita. Antara yang kami belajar ialah teknik fotografi, flat lay, vlog, video layer, video fokus, video tragedi seram, kalendar dan tugasan dalam kelas amali. Memang banyak tugasan dia...Redho ja semua walaupun semester akhir ini lah kena siapkan PITA dan lain-lain lagi. Alhamdulilah semua okey rasanya hahaaha.


Wednesday, December 4, 2019

BBM3410Satu2019:Ulasan Buku Ehh !!! Media Sosial.


Assalamualaikum, harini saya ingin mengulas sedikit buku yang berkaitan dengan penggunaan media massa dalam buku "Ehh!!! Media Sosial".

dalam bab 1 Media Sosial adalah sebuah medium di mana pengguna boleh menyampaikan maklumat kepada orang lain serta berkongsi bahan bersama kenalan dalam talian. perkembangan pesat bersama penggunaan meluas media sosial telah berjaya menghubungkan seorang individu dengan beribu-ribu orang di seluruh dunia. Rangkaian Sosial pula, merupakan subkategori media sosial dan ia adalah satu struktur sosial apabila para pengguna disatukan dengan minat yang sama.

bab 2 mendedahkan tentang Twitter dan Trend terkini. pada september 2016, terdapat lebih kurang 313 juta pengguna Twitter dalam rangkain sosial (statisca.com). walau bagaimanapun, twitter berada di tempat ke sembilan daripada dua puluh satu dalam rangkain sosial, tetapi Twitter telah menjadi kegemaran antara pengguna dari segi kesederhanaan dalam penggunaan. hasil perbincangan mendapati penggunaan twitter ini didapati mengikuti kemahuan pengguna iaitu 100% daripada meraka bersetuju penggunaan twitter mudah diakses, pantas efisyen dan informasi terkini.

bab 3: facebook masih digunakan. facebook ialah aplikasi web media sosial yang digunakan oleh berjuta-juta pengguna setiap hari dan mencecah dua bilion pengguna aktif setiap bulan bermula daripada 2017. penggunaan facebook termasuk pelajar sering menggunakannya sebagai satu cara untuk komunikasi dengan rakan-rakan serta menyiapkan tugasan-tugasan komunikatif. facebook juga membantu guru mewujudkan pengalaman pendidikan yang pentimg dan dinamik, terutama sekali dalam kelas bahasa, kerana ia membenarkan pelajar untuk menjalankan interaksi bermakna dan tulen dengan penutur asli bahasa Inggeris (Garrison, & Kanuka 2004). di Malaysia teknologi Multimedia telah diserap ke dalam Universiti untuk menambah baik bidang pengajaran dan pembelajaran.

bab 4 Instagram menyeronokkan. Instagram digunakan melalui telefon pintar dan semua orang yang mewujudkan akaun instagram akan menpunyai satu profil dan satu suapan berita. Newsfeed dipanggil kapsyen atau penerangan di mana pengguna akan dapat meninggalkan sebarang nota, pendapat malah cerita. kajian tentang instagram. Normaliza Abd Rahim & Nur Maisarah Roslan (2016) juga menyatakan bahawa Instagram mampu untuk melahirkan persekitaran yang positif dalam kalangan generasi muda. data kajian dianalisis dengan menggunakan teori analisis perbincangan. pengguna juga akan menggunakan bahasa dan kelakukan yang sesuai ketika merakam video dan gambar.

bab 5 E-mel masih popular pada masa kini. E-mel adalah satu medium komunikasi dalam bahasa sasaran termasuk mengarang dan bertukar pesanan dengan pelajar lain di dalam kelas atau di seluruh dunia. Warschauer (1995) menggariskan dua sebab penggunaan e-mel di dalam kelas bahasa Inggeris. pertama, e-mel memberi peluang yang baik kepada pelajar untuk berkomunikasi secara semula jadi. kedua, memotivasikan pelajar untuk berdikari. kesimpulanya, interaksi pelajar menumpukan sepenuhnya kepada aktiviti bukan berkaitan tugas. keselarian yang aktif terjadi pada peringkat awal yang menumpukan kepada penyampaian idea baharu oleh kerana ia adalah peringkat terpenting untuk menjana idea.

bab 6 blog di dalam kelas bahasa. blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal (Normaliza Abd Rahim,2014). ia boleh digunakan untuk kegunaan peribadi sebagai jurnal atau diari dan juga boleh digunakan untuk tujuan perniagaan dalam mempromosikan dan memperiklankan produk. blog merupakan laman web yang mesra pengguna di mana ia senang diuruskan dan sentiasa di kemas kini oleh pentadbirnya. kajian tentang blog. berdasarkan Nowson (2006) blog merupakan laman web yang dikemas kini mengikut susunan kronologi manakala bahasa yang digunakan juga tidak formal dan kurang terhad.  kenyataan ini disokong oleh Levy (2009), yang menyatakan blog meningkatkan keyakinan diri, kreativiti, pemikiran dan pembangunan komuniti melalui penulisan yang tidak formal. menulis blog menjadi terkenal disebabkan ia privasi dan dalam amasa yang sama penulis dapat meluahkan idea mereka dengan cara yang unik.

bab 7 isu dalam rangkaian sosial dalam kalangan pengguna. penggunaan rangkaian sosial memberi impak yang besar terhadap pengguna di seluruh dunia. pengguna dilihat bergantung kepada rangkaian sosial dalam kehidupan seharian mereka. pengguna dilihat menggunakan bahasa yang tidak sesuai, menghantar maklumat salah , memberi maklumat palsu dan menggodam menggunakan rangkaian untuk menghasilkan wang yang banyak. hal ini membimbangkan banyak pihak. disamping itu, kajian penggunaan rangkaian sosial dalam menggunakan penulisan yang sesuai untuk kefahaman pengguna lain. kajian ini juga membantu tenaga pengajar memberi kesedaran terhadap pelajar sekolah apabila mereka menggunakan rangkaian sosial. melalui cara ini, apabila pelajar sekolah meninggalkan sekolah, mereka akan menggunakan bahasa yang sesuai dalam rangkaian sosial dan masalah penggunaan bahasa yang tidak sesuai di dalam rangkaian sosial.

bab 8 Implikasi pedagogi. media sosial memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi pembelajaran bahasa kerana ia menyediakan pelajar dengan kemungkinan  untuk terlibat secara aktif, menghasilkan perbualan yang aktif dan releven dengan menggunakan bahasa sasaran.

Kesimpulannya, media sosial dan rangkain sosial menawarkan peluang untuk pembelajaran bahasa yang berkesan secara spesifik untuk mengukuhkan pembelajaran pelajar, meningkatkan kefasihan bahasa pelajar, menanam sikap positif dan minat seperti menambah baik prestasi pelajar.


Rujukan : Mansor & Normaliza Abd Rahim. 2019. Eh!!! Media Sosial. Kuala Terangganu: Universiti Malaysia Terangganu.
Buku: Eh !!! Media Sosial. Harga 60.00

#ProfDrNSatu2019
#BBM3410Satu2019
#Minggu12KelasAmali
#6Disember2019
#HadamSampaiFaham


Wednesday, November 27, 2019

BBM3410Satu2019:Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan aplikasi. Normaliza Abd Rahim


Ulasan Buku : Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi. Teori dan Aplikasi.
Menurut Prakata daripada Prof.Dr. Normaliza dalam buku “Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi” merupakan satu penulisan buku yang mengandungi pelbagai teori serta cara untuk mengaplikasikannya dalam bentuk tulisan ilmiah atau bidang penyelidikan. Penyelidikan mempunyai berbagai-bagai variasi antaranya ialah kajian lirik lagu, cerita, ujaran dan interaksi dalam perbualan. Buku ini merangkumi dua bahagaian iaitu kajian wacana dan strategi komunikasi. Kedua-dua bahagaian mempunyai hubung kai tantara satu sama lain kerana melibatkan komunikasi ujaran, interaksi, teks dan tulisan.
Bab 1:Kajian Wacana. Wacana mengandungi sistem komunikasi antara dua atau lebih. Dalam bab ni juga menerangkan tentang definisi wacana agar dapat difahami dengan jelas dengan merujuk kepada wacana berbentuk teks, tulisan, ujaran dan interaksi. Pemahaman tentang wacana akan menjadi mudah jika seseoranag itu memahami tujuan setiap wacana yang disampaikan.
Bab 2, pula menerangkan tentang teori dan pendekatan wacana. Teori-teori ini dipraktikan dalam kajian analisis wacanan. Terdapat juga pelbagai analisis wacana yang dikemukakan dan teori dan pendekatan yang sesuai dan tepat lebih diutamakan.
Bab 3 memfokuskan analisis wacana tekstual dan ujaran. Aspek nilai sosial diperlihatkan dalam pendekatan ini sama ada dalam kalangan individu atau masyarakat. Analisis wacana terbahagi kepada tiga iaitu kajian wacana tekstual lirik lagu, wacana tekstual cerita sosial dan ujaran dalam kalangan kanak-kanak autisme. Setiap cerita sosial yang diberi akan dikaji dengan menggunakan pelbagai teori.
Seterusnya bab 4 menerangkan tentang strategi komunikasi. Strategi komunikasi digunakan sebagai percubaan sistematik oleh pelajar untuk mengutarakan atau memecahkan kod dalam bahasa sasaran dan bagaimana untuk berkomunikasi dengan berkesan agar maklumat jelas dan sampai kepada audiens.
Bab 5 adalah tentang taksonomi dan pendekatan startegi komunikasi. Pelbagai taksonomi dan strategi diterangkan.
Bab 6 mengandungi analisis stretegi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak. Setiap ujaran kanak-kanak dianalisis dan dikaji dengan menggunakan startegi komunikasi.
Bab 7 pula memfokuskan tentang cadangan kajian akan datang. Terdapat pelbagai cadangan diutarakan kepada para pengkaji untuk menjalankan penyelidikan. Jadi, buku ini sangat bermakna bagi sesiapa sahaja yang ingin mengetahui tentang kajian wacana.
Diharapkan buku ini dapat memberi panduan kepada sesiapa sahaja termasuk pengkaji yang lain untuk mendapatkan pendedahan mengenai Kajian wacana dan teori. Penggunaan teori analisis wacana dan strategi komunikasi dalam kajian dapat memberikesan terhadap penyelidikan. Diharap agar semua teori yang diberi dapat memberi manfaat kepada individu yang berkaitan serta memberi pemahaman yang mendalam terhadap sesebuah kajian kepada masyarakat.
Rujukan;
Normaliza Abd Rahim (2019) : Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi:
Teori dan Aplikasi. Terengganu. Penerbit UMT.

(Harga 20 ringgit ja)

Monday, November 4, 2019

BBM3410Satu2019:FOTOGRAFI 6 (FLAT LAY INDIVIDU)

Penat juga saya buat video tentang flat lay ni. Nak tahu flat lay itu apa ? Cerr tekan link tu...tentu anda tidak rugi, sebab dapat ilmu baru tentang cara ambik kedudukan gambar supaya kelihatan cantik dan nampak macam pro gitu.

https://youtu.be/X4F4OM_w-8U

Sunday, October 20, 2019

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 6



Aku dipergayakan seperti model. sebenarnya aku ni agak kekok bila bergambar boleh dikatakan "kayu" ahahaha badan keras sikit. Terima kasih kepada rakan-rakan yang bantu saya bergaya seperti model ini hihi.



gaya bergambar macam ni selalu saya buat masa zaman sekolah dahulu dan sekarang ini pun saya masih gunakan gaya yang sama ahahaha.

Monday, October 7, 2019

BBM3410Satu2019: DIRI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.





Hai semua. selamat datang di blog saya. :)
saya akan menceritakan sedikit sebanyak informasi tentang diri saya. Perkenalkan nama sebenar saya Mohd Ayob Afiqrudin bin Sobri. Berusia 23 tahun. saya dilahirkan di Hospital Sungai Petani, Kedah tetapi dibesarkan di Kepala Batas, Pulau Pinang yang juga merupakan kampung halaman saya. saya merupakan anak kedua daripada empat adik beradik. Dalam pendidikan , saya bersekolah di S.M.K Datuk Haji Ahmad Badawi bagi peringkat SPM dan STPM. Sekarang ini saya melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia, mengambil kos bacelor sastera bahasa dan lingustik Melayu.

Sebenarnya banyak aktiviti yan saya pengemar melakukan antaranya aktiviti lasak, memasak, membaca buku sejarah, menonton anime, suka travel dan memain game online. saya seorang mesra mudah bergaul dengan siapa sahaja, jadi mudahlah untuk berinterasi.

Sekian sedikit sebanyak perkenalan tentang diri saya. semoga tulisan ini cukup mengambarkan tentang diri saya. Sebarang pertanyaan atau perkongsian sila lampirkan di ruang komen bawah.

Thursday, October 3, 2019

BBM3410Satu2019: TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH.



Kejayaan itu datang dari usaha dan rajin kita...

Harini saya ingin kongsikan kepada anda semua mengenai tips untuk belajar dengan mudah. Tips ini juga sering digunakan dalam kalangan pelajar yang cemerlang. Tidak kiralah apa-apa tips sekali pun usaha dan rajin harus konsisten dalam kehidupan harian kita bagi mencapai apa yang kita inginkan.

Yang pertama, persediaan untuk belajar.  Persediaan sama ada sesi sebelum dan semasa penting supaya kita fokus dalam pembelajaran. Membina jadual waktu harian, pelajar harus disiplin dan harus menepati aktiviti dalam jadual tersebut. Seterusnya, tidur yang mencukupi. Tanpa kita sedar belajar terlampau fokus akan meletihkan minda dan fizikal kita oleh itu, tidur yang mencukupi boleh membantu mencergaskan otak dan fizikal kita. Sehubungan itu, elakkan gangguan teknologi. Pelajar tidak sepatutnya mencampurkan diri dengan media sosial kerana ia sangat memberi pengaruh yang besar dalam kehidupan pelajar.

Yang kedua belajar dengan lebih efektif. Kesihatan diri harus juga dipandang dan tidak boleh ringan kerana boleh mempengarahi proses pembelajaran kita. Seterusnya, ambil nota. Setiap perkara penting yang ditekankan oleh pensyarah/guru harus dicatit dan kita juga harus memahaminya kerana ia sangat penting. Akhir sekali, buat kumpulan belajar. Belajar secara kumpulan boleh membantu diri kita dan kawan lain sama-sama belajar tentang sesuatu subjek/mata pelajaran yang lemah.

Semoga dengan tips yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua...;)




Sunday, September 22, 2019


BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog.

Blog merupakan salah satu media masa yang mudah kerana penulisan tidak terlalu bahasa formal/baku,ayat ringkas dan santai. Penulisan blog adalah satu medium penulisan atas talian yang digemari bagi pengguna sering mencari bahan bacaan di halaman sosial. Biasanya mudah ditemui di halaman google dengan hanya meletakkan tajuk ditempat pencarian (blog + perkara) dan anda akan temui blog tersebut dengan mudah. kebiasannya Blogger dikaitkan dengan para penulis blog yang aktif menulis penulisannya di media. Bagi menghasilkan penulisan blog yang berkualiti, para blogger harus mengetahui etika dalam penulisan blog. Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) menyenaraikan 10 cara menulis blog dengan baik.
Pertama, tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca. Tajuk yang menarik akan mudah mempengaruhi siapa-siapa sahaja yang membaca tajuk blog tersebut. Tajuk yang agak unic yang penting kepada blogger sebagai satu kaedah komersial untuk menarik minat pembaca. Pemilihan kata atau ungkapan penting dalam membina tajuk blog. Tujuan pemilihan perkataan yang sesuai adalah untuk mempengaruhi emosi pembaca. Ini adalah adalah kunci kepada pintu ke blog kita.
Selain itu, cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca. Para blogger harus bijak memilih kisah manakah yang paling disukai atau memilih kisah yang mungkin bakal menjadi sambutan oleh pembaca keran kisah tersebut agak menarik untuk dibaca. Banyak kisah-kisah yang menarik boleh diletak dalam blog. Cerita pengalaman menarik, cerita sejarah, cerita isu-isu semasa yang hangat dibicarakan, jadi pengguna blog hharus peka dan bijak mencari jalan cerita yang agan memberi keasyikkan dan terpegun apabila membacanya.
Seterusmya. Membuat ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatnya lebih menarik. Para blogger tidak perlu menceritakan sesuatu tajuk itu dengan menggunakan ayat terlalu baku dan panjang kerana pembaca akan cepat rasa bosan apabila membacanya. Blogger harus menggunakan unsur komedi/jenaka yang bersesuai agar menarik minat pembaca. Gurauan senda yang selalu kita gunakan dalam kehidupan kita oleh juga diselitkan dalam penulisan tersebut untuk menghidupkan suasana blog tersebut.
Di samping itudalam penulisan blog mesti memberikan hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda. Hujah-hujah tersebut harus sahih dan benar ketepatannya. Ini juga merupakan tanggungjawab penulis bagi menghasilkan penulisan yang beretika. Segala hujah dan data yang dilampirkan dalam penulisan ini diamalkan, nescaya pembaca akan lebih menyukai kerana ketepatan maklumat yang dikongsikan kepada mereka.
Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini. Para blogger boleh mencari maklumat di siaran televisyen atau mendapatkan terus informasi daripada pihak berita. Blogger harus bijak mencari maklumat dan informasi untuk dijadikan sebagai bahan yang akan ditulis di blog nanti. Pembaca akan lebih gemar membaca isu-isu semasa yang berbangkit kerana itu adalah naluri manusia untuk mengetahui hal-hal sekeliling yang sedang berlaku.
Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. Setiap ayat dan perenggan sebaiknya menggunakan ayat tunggal dan ayat aktif bagi pembaca mudah memahami isi penulisan kita tanpa membuat pembaca mengulangi pembacaanya berulang kali. Ayat tidak perlu gramatis dan puitis hanya sekadar memilih perkataan yang bersesuaian.
Dapat dibaca dan difahami. Penulisan blog yang baik adalah penulisan yang menggunakan ayat yang mudah untuk dibaca dan ayat tersebut mudah difahami bagi setiap lapisan masyarakat yang membacanya. Blogger juga harus mengenal pasti tahap penulisan ini sesuai digunakan bagi lapisan masyarat yang mana, sama ada golongan belia, golongan pelajar, atau golongan orang dewasa.
Dapat berkomunikasi dengan pembaca. Dalam menjadi seorang blogger, sikap mudah mesra dan terbuka sangat penting bagi blogger kerana blogger akan mengetahui secara terus  daripada pembaca tentang apa-apa maklumat,kisah-kisah menarik, teguran yang membina secara tidak langsung akan membantu blogger menghasilkan penulisan yang berkualiti. Blogger juga harus menggunakan ayat dan bahasa yang mesra dan santun, ada ayat sapaan, kata-kata semangat/perangsang, doa yang menarik yang boleh diselitkan.
Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda. Ini sangat penting dalam penulisan blog yang banyak menceritakan tajuk yang berkaitan kehidupan. Aspek nilai murni boleh diserapkan dalam penulisan yang akan dijadikan sebagai role model dan tauladan kepada pembaca.
Akhir sekali, berilmu dalam penulisan pendidikan. Setiap blogger sebaiknya mengetahui cara penulisan blog yang baik dan mengikuti etika dalam penulisan. Keadaan ini menunjukkan blogger tersebut merupakan seorang yang berpendidikan dalam menghasilkan sesuatu penulisan yang baik. Penulisan yang baik akan selalu menjadi tempat transit yang penting bagi para pembaca kerana pembaca sendiri dapat mengenali sesuatu penulisan yang manakah blog yang berkualiti.